Thursday, 9 July 2009
Amalan untuk turun ke laut
a.alaikum kenkawan,
kawan selalu amalkan amalan orang tua2 sebelum turun kelaut. kata orang tua2 kalau nak masuk rumah orang, berilah salam dulu baru masuk. kalau nak ambil barang, minta izin dulu baru ambil. jadi kesimpulan disini setiap tempat ada tuan rumahnya setiap barang pula ada pemiliknya. pemilik segala pemilik dan tuan rumah segala tuan rumah ialah ALLAH TAALA. permulaan segalanya dahuluilah dengan BISMILLAH. amanah air seperti sungai, laut dan sebagainya pula urusan nabi ALLAH KHAIDIR A.S tapi pengghulunya pula RASULALLAH SAW. jadi amalan yang kawan amalkan bila nak turun ke laut ialah:
1.Bacalah BISMILLAH dengan nawaitu yang betul.
2.Bacalah AL-FATIHAH kepada RASULALLAH SAW dgn ikhlas.
3.Bacalah AL-FATIHAH kepada Nabi KHAIDIR a.s dengan niat minta izin.
4.Bacalah AL-FATIHAH kepada Nabi SULAIMAN a.s dengan niat permudahkan urusan dgn haiwan2 di darat dan dilaut..
kalau masuk kerumah orang tanpa izin namanya penceroboh dan pula kalau mengambil barang dari dalamnya tanpa izin penyamun pula namanya jadi elakkan diri kita dari mendapat rezeki yang begini.
kalau diamalkan dengan cara begini hati kita akan aman dan tenang setiap kali berada disungai atau laut dan sebagainya. hasilnya pula kalau sikit pun hati kita puas dan bersyukur dan kalau banyak tu sedekahkanlah kepada jiran2 dan kenkawan dengan hati yang ikhlas. insyaallah urusan lainnya akan mudah, rezeki melimpah serta berkat dan hasil pancing yang lumayan...
Semoga dengan adanya tips nih murahlah rezki kita disampaing menambah amalan dan mendekatkan diri kita pada yg MAHA ESA...AMINNN...
Wednesday, 8 July 2009
BAGAIMANA PILIH JORAN, ULI DEDAK DAN ANGKAT PARI??
1. Bagaimana untuk membeli / memilih Kekili dan Joran yang baik?
Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidamatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya pancingan anda samada untuk kegunaan ke laut,sungai atau muara, tasik atau sebagainya. Material - samada gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya termasuk dalam gaya pancingan anda. Jika kita memegang dalam waktu yang lama atau melakukan 'casting', perlulah anda memilih joran aksi ringan supaya tidak cepat lenguh tangan. Sesungguhnya joran jenis karbon dan grafit lebih ringan dan lebih mahal dari gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran hendaklah diperiksa cincin dengan teliti, walaupun baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak yang boleh merosakkan tali. Bentuk cincin yang berkaki tiga (2 dibelakang, 1 depan), berkaki empat dan berkaki tunggal. Cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, ia akan dapat mengikut joran melentur tetapi cincin berkaki empat tidak dapat berbuat demikian. Jenis pemegang joran yang popular ialah jenis gabus dan span. Pemegang gabus sedap dipandang dan sudah tentu harganya mahal sedikit. Sekiranya anda memilih joran 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan. Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin hebat dan menarik, alas bebola (ball bearing) ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 - 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. Adakalanya gigi gear tertanggal dan shaf bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.
2. Ikan Pari - Bila ia melekap didasar berbagai cara didengar untuk melepaskan -nya seperti menggunakan tempurung, tali pancing dibuat seperti bermain gitar, batu ladung bersama kain dicelupkan dengan pertrol dan tembakau rokok. Adakah cara ini jawapan yang sebenarnya?
Cara-cara seperti diatas adalah untuk membuat ikan pari terkejut dan lari adalah tidak logik sama sekali. Cara dan barangan seperti diatas yang anda hantar kebawah tidak akan sampai kepadanya atau tersekat kerana penggunaan tanduk,cili, atau batu ladung. Lainlah mata kail diikat terus pada tali utama. Bermain gitar mungkin cara terbaik bagi perairan cetek tapi bagaimana getaran tali akan sampai dalam jarak yang melebihi 20 meter? Sebenarnya apabila pari memakan umpan, ia akan melarikan diri dengan tali dibawah badannya dan apabila melekap ia akan membelakangkan pemancing. Bagaimana bahagian kepala pari akan terkena temburung, tutup botol, kain petrol atau bau tembakau?
Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Ia terbukti dengan peserta GP Joran menaikan ikan pari yang cara yang demikian.
3. Bagaimanakah untuk membuat Umpan Dedak dengan betul dan apakah bahan-bahan yang perlu dicampukan?
Tiga (3) bahan asas untuk membuat umpan dedak ialah dedak ( seelok-eloknya jenis hong, dedak paling halus), tepung gandum dan air. Sebelum memulakan proses ini, kadar dedak yang diperlukan dicampur sedikit air dan diuli sehingga liat. Jangan campurkan terlalu banyak atau terlalu kurang air, sekadar memadai sahaja supaya dedak menjadi liat dangan terasa sedikit lembap. Kemudian tambah sedikit tepung gandum dan di uli supaya umpan ini menjadi sebati, kental dan tidak rapuh. Untuk memastikan ia sesuai digunakan, ambil segenggam dedak yang sudah di uli tadi dan cuba kopakkan kepada dua (2) bahagian. Sekiranya ia tidak mudah terkopak bermakna umpan dedak sudah sedia untuk digunakan. Bahan-bahan perisa yang boleh ditambah mengikut citarasa ikan setempat seperti serbuk kunyit, perencah kurma, belacan, perahan air kelapa sawit dan sebagainya.
Di Tahap Manakah Anda Sebagai Pemancing?
- Isteri & Keluarga tidak mengemari hobi anda. ( )
- Takut Isteri & Isteri suka meleter. ( )
- Hobi di waktu terluang sahaja./ mabuk laut. ( )
- Mengikut kawan. ( )
- Masalah Kewangan. ( )
- Semangat tinggi tapi kurang kesungguhan ( )
- Tetap bersungguh tapi masih tetap kecewa. ( )
- Teman memancing yang kurang disenangi. ( )
- Faktor cuaca,umpan dan air membataskan aktiviti anda( )
- Peralatan memancing yang serba kekurangan. ( )
- Merasai tekanan apabila hasil tidak seberapa. ( )
- Berkira masalah kewangan,kenderaan,hasil tangkapan. ( )
- Terlalu merendah diri./ cepat putus asa. ( )
- Ingin berjaya tapi tiada keyakinan diri. ( )
- Suka merahsiakan lubuk-lubuk untuk kepentingan sendiri( )
PETUA – MABUK LAUT
( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
- Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
- Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
- Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
- OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
- Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
- Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
- Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
- Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
- Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"
ADAB DAN PANTANG LARANG MEMANCING
(Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama)
Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.
Daun Sireh/Tembakau Rokok
Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.
Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Kunyit & Tepung
Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Tersesat Didalam Hutan
Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.
Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.
Menjaga Umpan Perumpun
Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.
Mencari Perumpun Pasir /Laut
Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.
Kasut
Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.
Daun Ketapang
Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.
Langkah Batang Pancing
Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.
Mulut
Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.
Kaki
Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.
Meludah Umpan
Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.
Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.
MEMANCING UDANG GALAH
PerkaraUtama
berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).
Peralatan
- Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
- Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
- Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
- Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.
Umpan (cacing tanah paling sesuai)
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.
Cara Memancing (dari atas sampan)
- Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
- Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
- Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
- Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
- Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
Makluman
- Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
- Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
- Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
- Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
- Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.
Mencari Lubuk
- Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
- Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
- Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
- Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Panduan
- Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
- Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
- Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
- Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
- Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
- Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
- Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.
Peringatan
- Pertuturan harus dijaga.
- Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
- Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
- Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
- Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.
"SELAMAT MEMANCING"